Thursday, April 8, 2010

Bukit Broga

Sabtu lepas me and my photo geng ke Bukit Broga, ketinggian dalam 400m dari aras laut, kat Semenyih untuk sesi tangkap gamba. Tepukan untuk WanLiana kerana berjaya organize aktiviti ini dengan jayanya.

*tepuk*
*tepuk*
*tepuk*


Kami janji berkumpul kul 5.00am depan entrance Uniten. Bertolak dalam 5.05am sebab saya terdatang lambat. Sori guys, ingatkan rumah paling dekat senang nak kejar masa..heee..

Sampai kat kaki bukit, kat ladang kelapa sawit, agak cepat dalam 5.30am. Depa praktis F1 kot. Tapi risau jugak sebab hujan rintik2. Luper nak bawak ponco atau plastik. Yang penting nak cover kamera dan lens. Other than that did not seem to matter at that time. Sib baik hujan kucing dan anjing kejap jek. Pastu reda kembali. Syukur...

Nak dekat sampai puncak kami berenti sat solat subuh. Saya ditugaskan membawa kompas kiblat dan tikar. Malam tu punye la selongkar carik tikar takut tak cukup untuk para jemaah. Terpaksa lah bawak tambahan 2 bijik sleeping bags. Rupenye depa bukan nak solat jemaah. Tapi sendirian berhad. Ish ish ishhh.. Huhu...Takpe eta, ikhlaskan diri..Pahala tu..Pahalaaa..

Lepas solat, naik lagik. Penatnye nak sampai puncak. Sapa kata 30minit dari kaki bukit? Haha. Mungkin untuk pendaki amatur macam kami ni dlm 45minit ler. Tapi berbaloi2. Bila sampai kat atas jek, pemandangannya.. Subhanallah, menakjubkan sungguh ciptaan Allah ini. Awan cantik, siap pelangi, langit membiru, lalang2 berbunga..everything there was so breathtaking. Segala penat dah seakan hilang.

Tapi sayang. I was not into landscape or scenery at that time. Banyak candid gamba orang jek yang telah diuploadkan kat FB. All in all, Bukit Broga memang BEST!!! (balik umah terus tumbang & flat....)

No comments:

Post a Comment