Friday, November 26, 2010

Pasukan Hoki Malaysia

Congrats! congrats! to Malaysia hockey team for the well played game. Walaupun hanya dapat perak, tapi kalau sampai peringkat final pun dah menampakkan satu peningkatan...bukannya senang nak melepasi halangan esp bila bertemu India..teringat pulak citer Chak De!..bersemangat betul kalau tengok movie pasal sukan2 ni..anyway, that's the spirit guys..

Oh ya! I'm proud to be one of the hockey team captain's primary school friends.. errmm..Mazli kot namanye..ingat2 luper...we were so young at that time..darjah6. The school had (or still has I guess) a big influence in exposing hockey as the main school sport to everyone of us. At least, if we were not being selected as the school team players, we still know the basic of hockey and took part in the game during pendidikan jasmani timeslot. Tau la sikit2 apa itu long corner, short corner..etc..I remember that some of my friends really took special care of their sticks..sampai lap2 dengan minyak to keep it looking new and making sure no scratches on the stick every now and then.

Well, that was a long time ago. Rindu jugak nak main balik, tapi skill pukul, gelecek dah berkarat dah. Okla, ngantuk penat nih..tadi pegi gym..jog 6km..tapi skang takleh lelap mata lah pulak..help!

Tuesday, November 2, 2010

All-mixed-up

Nak kata marah, tak bestlah marah2...
sebab marah itu datangnya dari Syaitan, muke kerut2, suara tinggi2..tak molek! tak elok untuk kesihatan dan kecantikan diri. It's just not worth it.

Nak kata lega, Alhamdullillah...legalah jugak...
sebab tidak menjadi sebahagian daripada wanita2 itu dan juga dijauhi golongan yang tidak menunaikan solat, yakni kewajipan setiap muslim, tiang agama kita. Mencari keredhaan Allah lebih penting untukku dari keredhaan manusia. As the saying goes, "People see what we have, Allah sees what we do"

Nak kata sedih, tipulah kalau kata tak sedih...
sebab setiap manusia pun ada perasaan, termasuklah diri ini, wanita yang lemah..masih punyai hati dan belaian jiwa yang lembut, mudah terguris dan tersentuh sekiranya dikasari. Biarpun tidak dizahirkan, didalam hati, hanya Allah sahaja yang mengetahui seribu rahsia.

Nak kata sakit hati, memang pun...menyampah apatah lagi...biasalah fitrah manusia bila disakiti eh? Tetapi rasa ini mungkin bersifat sementara kerana rasa lega itu melebihi segalanya.

Kesimpulannya, meredhakan dan mendoakan adalah jalan terbaik. Semoga berbahagia dunia dan akhirat. Semoga kita diketemukan dengan apa yang dicari2 selama ini. Mungkin ianya bukan sekadar berupakan 'seseorang' semata2. Tetapi lebih kepada 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang hanya Allah berikan kepada hamba yang menjadi pilihanNya sahaja. 'Sesuatu' yang nikmatnya dirasai manis pabila kita hayati dengan mendalam, dengan mata hati. Itu lebih afdal. Amin Ya Rabballalamin...

Dalam sebuah hadis Anas bin Malik ra, Rasulullah saw pernah bersabda, "Ada tiga hal yang siapa saja di dalamnya tentu akan merasakan lazatnya iman: 1)Mengutamakan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya dari yang lainnya, 2)Mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan 3)Benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan darinya, sebagaimana takutnya jika dicampakkan ke dalam api neraka."