Friday, November 25, 2011

bidaah dibulan muharam

bila kiter uploadkan sesuatu esp pasal agama..make sure ianya adalah dari alquran..atau dari sumber/dalil/hadis yg sahih lagi benar..sebab doa akhir n awal tahun ni tak salah..cuma berdoa pada sekian2 waktu..sekian2 bacaan nye rasullullah saw/sahabat2/4 imam pun tak buat..setiap yg diada2kan itu bidaah, setiap yg bidaah itu sesat, dan setiap yg sesat itu dineraka tempatnya..Allahua'lam..

Friday, July 22, 2011

Lututku Tertinggal di Uniten

On last 14th July 2011, a sport day between Kelab METEOR(OUM) and Kelab KILAT(Uniten) was held in Uniten. I also participated as one of the netball players. Pic above, muka masing2 ceria before the match begun. Dah main 5minit baru tau semput nafas tak larat.

Muka kudus sebelom game

Muka merah masa game

Jaringan memang banyak..banyak kepada pihak lawan, 32-5, while we won the semangat n sorak category. Menang jugak tu. Menang tipis. Ish ish ish. At least, this time around was better than last time during our previous game in Kem Temerloh, 19-0, from which our team's name was derived, Skuad Bola Jaring DiRaja 19. Masa tu, nombor 19 adalah nombor larangan. Usahlah disebut secara sengaja atau tidak. Pasti ada suara yang marah tak puas hati nanti. Yang nyata budak laki la paling suke menyakat. Lagi2 yang ada baju MU Champions 19 tu. Huh!

Sunday, June 19, 2011

Penyucian harta & jiwa

السلام عليكم ورحمة الله & Salam Sejahtera

Kali ini saje2 nak kongsi penerangan ayat Al-Quran yang dibaca kat Tafsir Al-Azhar Hamka sebab macam menarik kupasan mengenai zakat dan sedekah. Sambil2 itu, mengingatkan diri sendiri juga..;)

"Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat"
(Al-Baqarah:43)

Ertinya, janganlah bakhil mukmin yang kaya mengeluarkan harta membantu golongan yang miskin. Sebab miskin itu adalah pintu kepada kekufuran. Tidak semestinya dalam bentuk zakat, tetapi boleh juga memberi sedekah, hadiah sebagai tanda bermurah hati, termasuklah segala usaha menegakkan agama..jangan ditahan-tahan.

Kita kena faham bahawa segala harta atau aset yang didunia ini bukannya milik kita, tetapi semuanya milik Allah. Sekiranya seseorang itu kaya, dia boleh dianggap sebagai platform tempat rezeki itu disalurkan kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki. Jika harta itu disedekahkan ke arah kebaikan dan dengan niat ikhlas kerana Allah semata, InsyaAllah, segalanya itu tidak akan hilang sia-sia. Bahkan semuanya kelak akan kita dapat kembali disisi Allah. Sebaliknya, jika kita bakhil, kelak kita mati, maka tiadalah faedahnya buat kita sama sekali. Cuba ingat balik..apakah amalan yang tidak terhenti(masih mendapat pahala) jika seseorang itu telah mati? yakni; doa anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah.

Golongan2 yang boleh disedekahkan:(mengikut priority)
1) Ahli keluarga terdekat
2) Anak yatim (miskin)
3) Golongan miskin
4) Dengan memerdekakan hamba sahaya
5) Orang yang meminta2

Kalau diikutkan rata2 kita memang tiap2 tahun berzakat. Alhamdullillah, baguslah begitu. Tapi ada jugak yang tak brapa tahu dan tak alert tentang zakat selain dari zakat fitrah masa raya Aidilfitri. Antara sebabnya, tiada pengetahuan tentang zakat itu sendiri.

Sebenarnya tak banyak mana pun keluar. Untuk zakat pendapatan, average hanya keluarkan 2.5% daripada jumlah bersih yang kita ada..itupun kalau sudah melebihi nisab dan sudah cukup haulnya. Kalau rasa tak mampu nak baya sekaligus, boleh juga buat potongan gaji setiap bulan. Tambahan pula ada rebate income tax untuk zakat pendapatan dan simpanan. My experience is that, LHDN siap pulangkan duit sebab banyak baki berlebih..alhamdullillah..and dun get me wrong. Bukan nak riak. Cuma nak berkongsi sesuatu yang menguntungkan didunia dan juga diakhirat..insyaAllah..

Itu baru zakat pendapatan dan wang simpanan..ada lagi zakat emas, perniagaan, saham..dan lain2 jenis zakat...yang berbeza cara pengiraannya...

Makanya, sudahkah anda menunaikan zakat, yakni rukun Islam ketiga, pada tahun ini?

Maklumat lanjut tentang zakat boleh didapati di website PPZ http://zakat.com.my/

Friday, June 3, 2011

Mudah dan menguntungkan

Pernah tak dengar ayat ni "Barangsiapa yang menginginkan pahala ibadah sunat, maka hendaklah dia mengerjakannya. Tetapi jika tidak dikerjakan, maka tidaklah berdosa, tetapi rugilah dia". Renung2kan dan selamat beramal..;)

Dari Abu Hurairah, dia berkata:

"Nabi saw yang tercinta memberikan 3 wasiat kepadaku, iaitu; berpuasa 3 hari dalam setiap bulan, mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir terlebih dahulu sebelum tidur" (HR Bukhari dan Muslim)

Thursday, June 2, 2011

Friday, April 22, 2011

Projects..

sedang melihat2 kembali projek KLIUC..dan juga projek2 internal yg lain..looking forward to another productive week..mata & mental, tolonglah bertahan..;)

Tuesday, March 8, 2011

Umrah

"Ya Allah, kami mohon keampunanMu, kami mohon rahmatMu ya Allah. Sesungguhnya kami amat bersyukur diatas nikmatMu yang kau berikan kepada kami sekeluarga ya Allah. Kerana atas kehendakMu jua kami dapat datang menunaikan umrah pada bulan Mac ini. Terimalah kami sebagai tetamuMu ya Allah. Dan, janganlah pula selepas ini engkau biarkan kami mendustakan nikmatMu ini dengan menutup pintu hati kami ke arah kebaikan dan mengerjakan suruhanMu ya Allah. Nauzubillahi min zalik. Jauhkanlah. Sebaliknya, tempatkanlah kami dikalangan orang-orang yang sentiasa memperbaiki diri dan mempertingkatkan ibadat."

"Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua2 ibubapa kami, semoga dipermudahkan urusan mereka terutamanya kesihatan mereka yang semakin tak seberapa ketika ini, jauhkan mereka dari api neraka, tempatkan mereka dikalangan orang yang baik2, di syurga Firdausi kelak."

"Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah ibadat umrah kami. Janganlah kau pesongkan niat sebenar kami, yakni datang ke Tanah suci hanyalah untuk beribadat kepadaMu semata-mata, mengagungi kebesaranMu, meminta petunjuk dariMu. Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan."

"Ya Allah, berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Ingatkanlah kami untuk bersembahyang sunat tawaf, berdoa dihadapan Multazam dan meminum air zamzam. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk aku melakukan saie umrah. Janganlah kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada. Ya Allah, apabila kami selesai mengerjakan saie, jangan kau lalaikan kami daripada bertahalul. Ya Allah, kaulah yang maha berkuasa ke atas segala-galanya."

"Ya Allah, makbulkanlah doa2 sanak-saudara dan sahabat-handai kami diMalaysia ya Allah. Kami juga berdoa, semoga suatu hari nanti mereka juga mendapat jemputan dariMu, menjadi tetamuMu di Tanah suci ini. Ya Allah, kami mohon keampunanMu ya Allah. Perkenankanlah permintaan kami ini. Amin ya Rabbal alamin."

*Where there's a will, there's a way*

Saturday, January 22, 2011

Today's Activities...

jahit langsir, start buat technical docs, jog 5km or maybe more, habiskan baca buku abg Angkasawan yg sebijik nih, shopping brg masakan..ada org nak dtg esok..apalagi???

Thursday, January 20, 2011

Thursday, January 13, 2011

Dream is Possible!

A-Friend : "Zeta mana boleh jadik Angkasawan"

*muke confused..dalam hati.."Eh, tak layak ke aku ni? Atleast for the 1st selection?" so, tanye balik..*

Eta : "Kenapa plak takleh jadik Angkasawan?"

A-Friend : "Yelah..Angkasawan untuk lelaki. Kalau pompuan..Angkasawati"

Eta : "Lerrr.."

"when u really want something so bad..u will do whatever it takes in order to get them..u can, if u put ur mind to it..visualise it..DREAM IS POSSIBLE!" (tambahan dari diri sendiri: besides that, also remember to make doa to Allah, our creator, he is the one who can give and take away whatever we have now, whenever he wants to, sesungguhnya nikmat didunia ini hanyalah sementara, yang kekal diakhirat jua)

This was the main highlight of our Angkasawan's motivational talk, Dr Sheikh Muszaphar, for OUM staffs in recent New Year assembly.

A week before, when I read the email regarding the agenda of my company's assembly..I was like.."Why him?" "Sesuai kah?" You see, I've always have this skeptical thoughts on a public figure especially if he or she has an asset of a pretty face that is likeable or adorable or hard-to-resist type. Yelah, harap muka jek comey, tapi kalau kriteria as a role model lain hancus, tak best jugak kan? Somemore, he is still new in giving motivational talk..especially to adult audience like OUM staffs..orang2 senior umurnye ni lain skit motivation die..huhu..kalau budak2 skolah mungkin excited la tgk Angkasawan kan?..so, "Why him?" popped up in my mind again.

But that perspective now have changed. Well, personally, I would say that..he is......quite handsome (haha!)..He is also very spontaneous, funny(sarcastic sometimes), quite selamba when giving his talk..creating the positive aura in the room..

He is such an inspiration too. Not just anyone can be what he become now, if no hard efforts, physically and mentally, being put to achieve this far. "No pain, no gain". Wanna know his story more? Go and read his book. It's in plain English, got few pics in some chapters, suitable enuf for the kids with English beginner level in essay writing.

There was one time that he mentioned in the Angkasawan programme, they have to attend the survival training, floating in the "spaceship" (..soyouz eh?..err whatever they call it) for 3 days in the Black Sea. The reason being is that, 3 days is the maximum time taken for the rescue team to get there if it happens that the "spaceship" landed in the sea.

I look up to him even more when he showed us a video on how he performed his prayers in the outer space. As for the prayer's time, he just followed Khazastan's prayers time(ikut timing dari mana spaceship berlepas). Kiblat mengadap bumi. He also told us that it was a bit difficult to perfrom prayers using outer space timing since a day is equivalent to 90minutes in space. Kalau solat 5kali dalam 90minit..dah tentu tak sempat plak nak buat kajian kat angkasa kan?

Dan..cuba kita renungkan sejenak..keadaan kita dibumi ini..yang stabil graviti, yang ada kemudahan, selesa, luas tempat beribadat, senang nak berwudhu, air tak terapung2, tapi kalau hati masih lagi keras pada Allah, takmau solat jugak..macammana tu? haaa.."Tepuk dada, tanya iman"

Sebenarnye nak jugak tanye pendapat dia during QnA session, pasal ada kajian Barat kat NatGeo ni. Predicting there will be another planet (Nibiru kot) will collide with Earth somewhere in 2012, ala2 ari kiamat..sebab orang yg buat kajian ni kata dulu akan berlaku dalam 2008..pehtu sesuka hati postpone ke 2012 sebab nothing happened in 2008..isk isk isk..tapi tak tertanye sebab ramai sgt orang bertanya..huhu..

It also seemed like Tan Sri and Puan Sri were really happy and inspired by Dr Sheikh that day..senyum berseri2, lebar jek masa kasik cenderahati ke Dr Sheikh..and maybe that's why, I guess lah..in the end of the event, we've all got his books for free..OUM bayakan..haha..and I managed to get Dr Sheikh's autograph too! ;)

"It's never too late to dream..and start to turn that dreams into a reality..it's all up to u!"

"Ask not what your country can do for you but ask what you can do for your country"

Sunday, January 9, 2011

Tahun Baru 2011M / 1432H

Salam...

Sudah ke sekian kali masuk tahun baru..tapi tahun ni macam tak berapa best jek nak tulis apa azam/to-do-list..ermm..macam takde semangat jek..adakah sebab tak tercapai lagik azam2 pada tahun lepas? ..atau sebab banyak sangat aktiviti (yang dirancang dan juga tak dirancang) akhir2 tahun ni yg menyebabkan tak sempat nak berfikir perancangan tahun depan? Entahlah..inilah agaknya yang dipanggil kompleksiti krisis seorang wanita bernama Eta..huhu..

But, dun get me wrong..despites all the ups and downs in 2010, I feel blessed..Alhamdullillah, bersyukur sangat2 dengan segala nikmat dan kesempatan sementara didunia yang Allah berikan setakat ini..dapat kete baru, dah sewakan rumah, dah naik 3 gunung (kinabalu, datok, chabang), 2 bukit (broga, larut), dapat medal untuk 4 marathon events (SCKL, UKM, SCSingapore, Malakoff)..best2..

So, what's my plan for 2011? Adalaaa beberapa aktiviti setakat ni..malas nak war2kan takut tak jadik..nanti malu sendirik..hehe..

Anyway, I just wanna wish everybody who dropped by my blog a very Happy New Year..may all our dreams and hopes coming true this year..InsyaAllah..marilah kita sama2 berdoa dan berusaha ke arah itu ye?