Monday, March 27, 2017

Tuesday, March 14, 2017

ALHAMDULILLAH

Apapun, yang berada di hadapan kita, ucaplah ALHAMDULILLAH. Kerana di luar sana, masih ada yang jauh lebih teruk daripada kita.
“Memang sangat menakjubkan keadaan orang yang beriman itu, kerana segala urusannya sangat baik baginya dan untuk itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila dia tertimpa kesusahan, dia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)

Monday, March 13, 2017

The Magic Words

"Please"
"Thank You"
"Sorry"

..kata2 yang selalu berat nak terluah bila dengan keluarga kita.. tapi laju je dengan orang lain.. kan?

#note-to-self#

Tuesday, March 7, 2017

Resepi Roti Bun Mahaguru Ajila

Bahan2:
250ml fresh milk
4 ketul ais
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
4-5 sudu besar gula (aku guna brown sugar)
500gm tepung roti
70gm butter
11g atau sepeket yis

Cara2:
1) Letak bahan2 diatas ke dalam bread maker ikut turutan (paling atas masukkan dulu atau secara basic, liquid kat bawah, tepung tengah2, yis atas sekali dan elakkan dari tercampur dengan liquid/garam/gula)
2) Biarkan doh naik selama 30minit ke sejam lepas diuli.
3) Bentukkan roti ikut suka dan letak atas loyang yg dah disapukan butter. (aku selalu buat bun kosong & sosej)
4) Rehatkan doh selama 30minit ke sejam lepas dibentuk.
5) Panaskan oven selama 10minit sebelum masukkan doh.
6) Sapu atas doh yang dah naik dengan air masak atau nak guna telur + susu pun boleh. (aku guna air masak)
7) Masukkan doh ke dalam oven dengan suhu 150C selama 20minit. (ikut kepanasan oven sendiri sebenarnya)



Friday, March 3, 2017