Tuesday, February 19, 2013

Gazza.. DuluKu.. KiniKu.. Kita.. Al-Aqsa..


Dulu,
Aku leka dengan duniaku sendiri
Merasakan hidupku ini sentiasa perlu dipenuhi
Mengapa perlu disibukkan dengan kehidupan orang lain
Biarlah mereka berusaha sendiri

Ku biarkan mataku melihat kesengsaraan mereka selama ini sekadar dengan pandangan sepi
Ku biarkan hati ini kering..rasa simpati hanya dibibir
Ku biarkan hatiku tamak dalam diam..dengan keduniaan yang tak seberapa
Ku biarkan mereka tanpa sokongan..bantuan..yang seharusnya datang berterusan

Kini,
Aku malu
Merasakan hidupku ini penuh dengan pengkufuran..terhadap nikmat Allah yang banyak tak terhingga
Istiqamahku tidak selama mana..bermusim sahaja..

Gazza,
Tenang..
Menyelinap segenap hatiku ketika menjejakkan langkahku dibumi barakah ini

Marah..
Dengan ketidakadilan, dinafikan tanah air mereka sendiri
Kenapa perompak pula diberikan pembelaan?
Sedangkan tuan rumah dihalau keluar dari rumah mereka sendiri?
Bukan dihalau begitu sahaja
Bahkan dibunuh dengan kejam..bayi, kanak2, wanita, orang tua..
Cukuplah Sherba dan Shatilla sebagai pembuktian lagi bersuluh dan nyata
Dipenjara tanpa sebab
Dipukul
Diseksa
Dibom tempat tinggal mereka
Seolah-olah darah mereka tiada langsung nilai kehidupan dimata Israel dan Amerika
Inikah keadilan dunia?

Kagum..
Betapa tawakkalnya mereka dengan Allah..semata2..dalam apa sahaja mereka lakukan..
Betapa bersemangatnya mereka
Mempertahankan tanah air mereka..
Mempertahankan tanah barakah umat Islam..
Mempertahankan Islam..
Kiblat pertama kita..
Isra' AlMi'raj disini..
Al-Aqsa..antara masjid2 yang dirindui dan sentiasa dihati..
Birruh..Biddam..Nafdika yalAqsa..!

Insaf..
Betapa melihat wajah2 ceria dan tersenyum mereka menyambut kedatangan kami..
Menjadikkan kami lebih sedih dan hiba
Tidak meminta-minta
Walaupun kekurangan
Walaupun tiada tangan
Tiada kaki
Kehilangan ibu dan ayah tercinta
Sanak saudara
Rakan taulan
Allahuakbar!..Dari manakah datangnya semangat mereka semua ini?
Tidaklah tergamak nak menelan Coca-cola mahupun McDonald
yang sememangnya kesukaan tegarku sejak dari dahulu lagi..

Sedih..
Melihatkan orang2 kita hanyut
Dengan dunia mereka sendiri
Tidak ambil tahu
Tidak membantu
Tidak bersatu
Tidak menegakkan..malah meninggalkan Islam sebenar
Yakni ajaran Rasullullah saw dan para sahabah radiAllahu anhum..
..sebagaimana diriku pada suatu ketika itu..
Yang mengeluh bagai nak rak pada perkara2 yang kecil
Kerja banyak..Jalan jem..Jiran bising..Duit tak cukup..Asyik nak bershopping..Makanan tak best..dan bla3..

Bangunlah! Kum!
Marilah kita berjihad demi Islam..pembebasan Palestin..Al-Aqsa..
Dalam apa jua bidang yang kita sendiri termampu

Sesungguhnya hidup ini sementara

Pada si pencinta dunia
Pangkat, rumah, kereta, duit simpanan, duit insuran, barang kemas, LV Coach Hermes, kecantikan rupa paras, iPhone, iPad, suami, isteri, anak2, kawan2, boifren, girlfren, artis pujaan, boss..u name it..
Tiada suatu apa pun yang dapat membantu kita kelak di hari pembalasan..

Kecuali..hanya dengan..
Melakukan amalan2 dengan ikhlas
Mengharapkan keredhaan Allah
Menginginkan pertemuan dgn Allah azza wajalla
Mengharapkan rahmat Allah..semata2..

Semoga Allah mengampunkan dosa kita dan semua umat Islam dimana jua mereka berada..
Semoga kita akan dapat bersama2 bersolat dimasjid Al-Aqsa yang telah bebas suatu hari nanti..
Semoga kita akan dapat dikumpulkan bersama2 di Jannah kelak selama2nya..inshaaAllah..aameen..