Tuesday, March 8, 2011

Umrah

"Ya Allah, kami mohon keampunanMu, kami mohon rahmatMu ya Allah. Sesungguhnya kami amat bersyukur diatas nikmatMu yang kau berikan kepada kami sekeluarga ya Allah. Kerana atas kehendakMu jua kami dapat datang menunaikan umrah pada bulan Mac ini. Terimalah kami sebagai tetamuMu ya Allah. Dan, janganlah pula selepas ini engkau biarkan kami mendustakan nikmatMu ini dengan menutup pintu hati kami ke arah kebaikan dan mengerjakan suruhanMu ya Allah. Nauzubillahi min zalik. Jauhkanlah. Sebaliknya, tempatkanlah kami dikalangan orang-orang yang sentiasa memperbaiki diri dan mempertingkatkan ibadat."

"Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua2 ibubapa kami, semoga dipermudahkan urusan mereka terutamanya kesihatan mereka yang semakin tak seberapa ketika ini, jauhkan mereka dari api neraka, tempatkan mereka dikalangan orang yang baik2, di syurga Firdausi kelak."

"Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah ibadat umrah kami. Janganlah kau pesongkan niat sebenar kami, yakni datang ke Tanah suci hanyalah untuk beribadat kepadaMu semata-mata, mengagungi kebesaranMu, meminta petunjuk dariMu. Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan."

"Ya Allah, berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Ingatkanlah kami untuk bersembahyang sunat tawaf, berdoa dihadapan Multazam dan meminum air zamzam. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk aku melakukan saie umrah. Janganlah kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada. Ya Allah, apabila kami selesai mengerjakan saie, jangan kau lalaikan kami daripada bertahalul. Ya Allah, kaulah yang maha berkuasa ke atas segala-galanya."

"Ya Allah, makbulkanlah doa2 sanak-saudara dan sahabat-handai kami diMalaysia ya Allah. Kami juga berdoa, semoga suatu hari nanti mereka juga mendapat jemputan dariMu, menjadi tetamuMu di Tanah suci ini. Ya Allah, kami mohon keampunanMu ya Allah. Perkenankanlah permintaan kami ini. Amin ya Rabbal alamin."

*Where there's a will, there's a way*