Wednesday, December 14, 2016

Overnight Oats




Bahan2:
1) Rolled oats - 1/2 cawan
2) Fresh milk - 1 cawan
3) Chia seed - 1 sudu besar
4) Yogurt - 3 sudu besar
5) Madu - 2 sudu besar
6) Kacang2/Buah2 kering atau kurang berair - i.e. walnut/peacan/pistacio/kismis/kurma/peach kering
7) Fresh fruits - i.e. blueberry/pisang/oren/betik cincang dadu/kecil

Cara2:
1) Letak bahan2 diatas ikut turutan kecuali fresh fruits dalam bekas kaca.
2) Kacau sekata dan tutup bekas.
3) Masukkan dalam peti ais, atleast semalaman. Selalunya buat malam tu untuk breakfast hari esoknya.
4) Esok paginya, tambah fresh fruits dan kacau sekata sebelum nak makan.

Tips:
1) Fresh fruits takyah letak dulu sebab takut masam dan berair bila ditinggalkan semalaman.
2) Chia seeds clumping together rasa dah tak sedap. Sebab tu kene kacau sekata.
3) Sukatan bahan2 diatas kalau memang suka makan oats yang banyak. Kalau cuma nak rasa2 dulu atau first timer better kurangkan sukatan by half.
4)  Guna rolled oats instead of oats jenis lain (instant/quick) sebab rolled oats lebih berkhasiat terutamanya yang nak kurangkan kolestrol dalam badan dan juga rolled oats ni bila dibiarkan semalaman takkan terlalu lembik.

Wednesday, November 23, 2016

Monday, November 21, 2016

Menu makanan bayi setahun ke atas (Sarapan/Snek)

Melur sekarang ni agak memilih makanan. Cepat boring pun ye gak. Tu yang asyik tanye cikgu taska "dia habis tak makan arini?" "dia suke tak makanan dia?". Gitulah mak yang takut anak dia tak makan. Bukannye apa, nak kene biasakan dia suka makanan yang berkhasiat daripada asyik makan yang tah apa2.

Untuk menu2 makanan Melur juga, memang dah siap2 sediakan (dengan skala yang banyak) puree kurma untuk gantikan gula/rasa manis, serbuk ikan bilis untuk gantikan garam/rasa masin dan juga sup ayam frozen untuk gantikan stok rebusan ayam.

Berikut adalah senarai sarapan dan snek yang disediakan masa umur dia setahun lebih ni.

1) Penkek (6-8 keping)
Bahan2: 1 cawan tepung unbleached, 1 cawan fresh milk, 1 sudu kecil baking powder, 3 sudu besar madu dan 1 biji telur.

Cara2: Gaul rata kesemua bahan2 dan letakkan sesenduk bulat aduanan dalam pan yang telah dipanaskan sehingga keemasan dan palingkan. Angkat setelah masak.

2) Cucur ikan bilis/udang (20 - 25 biji)
Bahan2: 1.5 cawan tepung unbleach, 1.1 cawan air mineral/ditapis, 1 biji bawang besar, segenggam ikan bilis/udang, daun sup/kucai (optinal), sayur2 lain blend/parut i.e. carrot, jagung, kentang (optional)

Cara2: Kisar kasar bawang besar dan ikan bilis/udang. Campurkan tepung dan air mengikut kepekatan yang sesuai. Campurkan bahan kisar dan daun sup/kucai yang telah dipotong ke dalam adunan tepung. Masukkan adunan mengikut saiz yang sesuai/boleh dipegang bayi ke dalam minyak panas. Toskan lebihan minyak dan angkat setelah masak.

3)  Cekodok pisang (ikut kesesuaian)
Bahan2: Pisang masak (pisang emas/nangka) dan tepung unbleached dengan kadar 1:1 atau tepung tidak menyebabkan adunan menjadi terlalu lembik atau terlalu keras.

Cara2: Lenyekkan pisang. Campurkan dan gaulkan tepung ke dalam pisang yang telah dilenyek sehingga sebati. Masukkan adunan mengikut saiz yang sesuai/boleh dipegang bayi ke dalam minyak panas. Toskan lebihan minyak dan angkat setelah masak.

4) Lempeng pisang (ikut kesesuaian)
Bahan2: 2 biji pisang (saiz pisang dolce), 2 telur, 1 sudu kecil esen vanila, 1/2 cawan quick oat, 1 sudu kecil serbuk kayu manis.
Cara2: sama seperti penkek

5) Roti telur (3 keping)
Bahan2: 3 keping roti gardenia, 1 biji telur dan 1 sudu kecil serbuk ikan bilis (buat sendiri).

Cara2: Pukul telur sehingga kembang dan letakkan serbuk ikan bilis. Celupkan roti ke dalam telur dan masukkan ke dalam pan yang telah dipanaskan dan palingkan. Angkat setelah masak.

6) Roti canai frozen

7) Pisang goreng (10 keping)
Bahan2: 10 keping pisang nangka/tanduk/abu, 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung beras, sedikit serbuk kunyit, air secukupnya.

Cara2: Bancuh air, serbuk kunyit, tepung gandum dan beras sehingga sebati. Masukkan pisang yang telah dikupas kulit dan dipotong ke dalam bancuhan. Masukkan pisang yang dicelup tepung ke dalam minyak panas. Toskan lebihan minyak dan angkat setelah masak.

8) Roti bakar & Mushroom soup
Bahan2: 2 keping roti, 1 sudu besar butter, 1 bawang besar (potong dadu), 1 ulas bawang putih (cincang halus), 3 sudu besar tepung, 2 cawan fresh milk, 5 kuntum white mushroom (potong dadu), 5 kuntum white mushroom (potong kasar), 1 cawan stok ayam dan sikit garam.

Cara2: Bakar roti guna toaster. Dah siap bakar, ketepikan.
Manakala untuk mushroom soup pula, masukkan butter dan mushroom yang dipotong kasar ke dalam pan yang telah dipanaskan sehingga layu. Masukkan bawang besar dan putih. Kacau sehingga bawang layu. Masukkan tepung dan kacau sehingga kekuningan. Masukkan fresh milk dan stok ayam secukupnya dan kacau sehingga pekat. Boleh letak air lagi kalau nak cair. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk/suam. Kisar sehingga halus. Masukkan kembali ke dalam periuk dan masukkan mushroom yang dipotong dadu dan garam. Masak sehingga mendidih dan tutupkan api.

Tips: Selalunya adunan mushroom ni dibahagikan 4 bahagian. 1 bahagian je untuk sekali makan. Yang lebih tu frozenkan untuk makan nanti2.

Friday, September 9, 2016

MashaAllah..anak kecil ini..;)

Moga anak2 kita pun dapat menjadik contoh yang baik2 macam ni.
Imamkan solat kita, hafaz alQuran, berakhlak mulia, beriman dan melakukan amal soleh. Yang penting kene la ikhlas kerana Allah dan dijauhkan dari riak & takbur. Aameen.

Maka, untuk dapat anak yang macam ni, kita sebagai parents pun kene la jadik macam ni jugak kan? :)
Jom! Mulai dari saat ini kita sama2 solat jemaah, solat sunat, hafaz quran, dan melakukan amal soleh yang termampu. Ya Allah, terimalah amalan2 kami ini.


"At the tender age of 10 years old, Hud Ilyasa had already memorise 5 juz of the Quran. This young brother is a regular participant in our Al-Khaadem Youth Camp.
Here he is, leading us all in prayer, reciting Surah Az-Zukhruf. May Allah preserve him, make him one of the leaders of this ummah, make him steadfast upon the path of guidance."

Thursday, September 8, 2016

Yeay! Habis dah!

Alhamdullillah. Hari ni inshaaAllah habis dah posa ganti.
Nak masak apa ye? Lauk ikan dah beli..so tinggal sayur je la.. mmm..mungkin kobis masak lemak..
Nak masak jemput2 ikan bilis jugak.. kalau sempat.. heeeeee..

Tuesday, August 23, 2016

Wasiat (Pesanan2)

Antara perkara2 yang perlu dan tak perlu dilakukan sejurus aku tiada nanti:

1) Tolong doakan aku: Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha
2) Jangan diratapi keterlaluan
3) Jangan buat kenduri arwah
3) Jangan bertalqin atas kuburan
4) Kuburkan dengan satu batu nisan tanpa hiasan2 lain
5) Tolong halalkan/bayakan hutang2ku
6) Tolong doakan aku selalu....agar diampunkan..dijauhkan dari api neraka..ditempatkan di syurga.. aameen..

Monday, August 22, 2016

Wasiat (Faraidh & Hibbah)

Sambungan daripada post lepas. Antara servis2 Amanah Raya untuk buat wasiat pada masa skang ini adalah seperti berikut:

1) RM371 - First time fee nak buat wasiat
2) RM53 - Fee untuk nak update wasiat lepas tu
3) 2% daripada keseluruhan aset si mati untuk menguruskan pembahagian aset kepada waris si mati

Basically, kebagusannya ada wasiat ni adalah untuk bersedeqah/hibbah. Nilai maksima yang dibolehkan untuk hibbah adalah satu pertiga dari keseluhuran aset.

Contohnya, jika keseluruhan aset yang ditinggalkan si mati=RM1.1juta.

1) Kalau ada hutang, baya dulu hutang, contohnya hutang=RM0.1juta, so tinggal RM1juta.
2) Lepas tu baya 2% fee untuk pengurusan pembahagian aset kepada Amanah Raya, so RM1juta tolak RM0.02juta, so tinggal RM0.98juta.
3) Kalau ada hibbah, RM0.33juta je yang bole dihibbahkan ke orang/organisasi lain.
4) Selebihnya haruslah dibahagikan mengikut faraidh ke waris2, yakni ahli2 keluarga yang sepatutnya.

Kalau kita yang takde wasiat pun takpe..tapi keseluruhan aset akan difaraidhkan ke ahli2 keluarga yang terlibat. Cuma inilah cara nak menyenangkan pengurusan aset dengan perlantikan wasi dan juga tanpa waris2 bersusah payah nak uruskan sendiri.

Sambil tu tanya juga bagaimana pecahan harta dalam konteks aku sendiri. Berikut adalah pecahannya..

1/6 Mak aku
1/6 Abah aku
1/4 Suami aku
1/2 Anak perempuan aku

Betul ke tak pengiraan..kene rujuk yang pakar.. Aku just jot down je apa yang orang Amanah Raya ni cakap.. Wallahualam.. Boleh jugak rujuk calculator faraidh ni.. Moga bermanfaat..

http://faraid.usm.my/msl/default.html

http://www.inheritancecalculator.net/

Thursday, August 18, 2016

Wasiat (Hutang)

Baru2 ni..memang terasa nak setelkan hal2 berkaitan dengan kematian..
Sebab kita tak tau kan bila kita akan menghadapinya..
Mungkin kejap lagi..mungkin malam karang..mungkin esok lusa..
Bukanlah bermakna aku mendoakan nak mati cepat ataupun aku suka..
Cuma biarlah sentiasa dalam keadaan yang bersedia dan sentiasa beringat.. inshaaAllah..

So, minggu lepas ada la gak panggil orang Amanah Raya untuk mendapatkan penerangan lanjut..
Apa servis yang depa cover untuk buat wasiat ni.. Salah satunya..tolong uruskan harta2 si mati dengan membayar hutang2 si mati sebelum harta dibahagikan..

Maklumlah, aku bukannye reti sangat.. tapi still nak tahu dan nak buat sesuatu berkenaan dengan perkara ni..terutamanya perihal hutang.. sebab kalau kita mati dalam keadaan yang baik pun (husnul khatimah) tetapi dengan berhutang walaupun sikit sangat jumlahnya.. nak masuk syurga pun takleh..

“Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR. Muslim no. 1886)

“Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal: [1] sombong, [2] ghulul (khianat), dan [3] hutang, maka dia akan masuk syurga.” (HR. Ibnu Majah no. 2412. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Scary kan? Orang syahid pun kalau mati berhutang tak dapat masuk syurga tuh. Sedangkan syahid ni lah idaman yang sangat didambakan sebab dapat pelbagai keistimewaan yang sangat2 best berbanding dengan mati secara biasa. Wallahualam.

“Allah akan bersama (memberi pertolongan pada) orang yang berhutang (yang ingin melunasi hutangnya) sampai dia melunasi hutang tersebut selama hutang tersebut bukanlah sesuatu yang dilarang oleh Allah.” (HR. Ibnu Majah no. 2400. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Moga kalau aku mati nanti, aku berharap sangat2, waris atau sesapa yang menguruskan hartaku ini akan tolong bayakan hutang (kalau ada at that point of time) yang berbaki untukku. Moga Allah permudahkan untuk kita semua untuk kurangkan aktiviti berhutang dan dapat melunaskannya sesegera yang mungkin. Aameen ya Rabb.

*tiba2 teringat puasa belum abis ganti lagi..so kene start posa balik lagi ni..lagi 3 hari.. T___T

Monday, August 8, 2016

I'm Fine! :)

Alhamdullillah.. kerana aku ada Allah untuk melindungi dan menjaga aku.. Itu sudah memadai.. ;)

Dan jauhikanlah kami daripada syaitan terkutuk dan juga daripada termakan dengan hasutan/bisikannya..

Sesungguhnya harta dan anak2 dan apa yang ada dimuka bumi adalah perhiasan dunia semata..
Sementara sahaja.. Tidak kekal..

Ya Allah.. aku serahkan semuanya kepadaMu ya Rabb..
Engkaulah yang Maha Mengetahui setiap apa yang ada didalam hati dan apa yang kami kerjakan..

Matlamatku hanya untuk bertemu denganMu dan Rasullullah saw..
Maka permudahkanlah untukku.. aameen..

Thursday, August 4, 2016

Bahaya Riba'

Dulu, aku tak kisah sangat pun pasal hal2 berkaitan hutang, riba' dan yang sekutu dengannya. Tapi setelah tersedar walaupun berperingkat2 dalam hidup ini, aku mula melakukan sesuatu, secara berperingkat2 juga.

Kad kredit
~~~~~~~~
Pernah suatu masa tu, hutang kredit kad aku memang la banyak. Boros dengan pembelian yang tak perlu pun sebenarnya seperti baju2, spa & facial dan lain2. Nasib baik la tak buat loan dari kredit kad sebab kad aku tu memang boleh keluarkan duit dari bank tersebut cuma dikonsider sebagai pinjaman yang agak tinggi interestnya.

Tapi entah macammana atas kesedaran sendiri, suatu pagi ahad tu bangun pagi dengan azam dah takmo nak tengok outstanding amount kat penyata kredit kad lagi. Takmo dah asyik baya minimum payment je. Alhamdullillah dalam setengah tahun, hutang dalam rm5k telah pun dilunaskan. Kad kredit telah pun diterminate hanya tinggal satu je yang perlu.

Dan yang terkini, alhamdullillah, aku telah diberikan kekuatan oleh Allah untuk terminate satu2nya kredit kad yang ada. Walaupun selama ini tidak pernah ada outstanding amount selepas tarikh due date untuk mengelakkan riba dikenakan.

Terima kasih dengan kad debit VISA Maybank Islamic Wadiah Saving yang boleh dijadikkan ganti untuk apa2 pembayaran tanpa memerlukan pengeluaran wang tunai. Segala pembayaran auto menggunakan akaun kad kredit juga telah dipindahkan ke akaun kad debit. Alhamdullillah alhamdullillah alhamdullillah. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Insuran
~~~~~~
Begitu juga dengan insuran. Memang mula2 ambil plan takaful dengan seorang pakcik ni, kawan emak. Tapi entah macammana ada kawan aku, ejen insuran lain dok kata takaful mahal dan pakej dia lagi menarik. So terminate la polisi dari pakcik tu dan amik la yang conventional dari kawan sorang ni.

Walaupun sebelum ni, mak sendiri ada cerita yang kawan baik dia pun banyak amik polisi insuran yang conventional. Dah nak berpuluh tahun makcik ni amik polisi ni..dia terminate kan sebab baru dia sedar polisi insurans conventional adalah haram dan takmo tanggung dosa lagi dah. Masa tu aku punya la pelik sebab...duit kottt.. orang kaya boleh la buat macam tu.. dah baya lama.. lepas tu terminate takkan dapat sama dengan apa yang kita pernah baya.. Kalau dah tau macam tu awal2 patutnya takyah amik insuran, instead buat la simpanan kan? Itu kata hati aku dulu ler..

Tapi tu laaa. Tahun ke10 polisi insuran conventional aku, aku pulak yang terminate polisi insuran conventional aku ni. Kenapa? Sama la jugak sebabnya dengan makcik, kawan baik mak aku tu. Baru la aku mengerti dan memahami lebih indah dan kekalnya balasan (samada neraka/syurga) disana berbanding habuan/nikmat yang kita dapat didunia ini. So, aku bermula balik mengambil plan takaful walaupun dari segi islamiknya masih ada pertikaian. Aku hanya mengikut apa yang difatwakan yang sememangnya halal, dan menjauhi yang haram. Wallahualam.

Selepas itu alhamdullillah, aku revise balik semua duit/rezeki yang masuk dan keluar. Sekurang-kurangnya aku cuba untuk dapat menjawab dengan rasa tenang dan yakin di akhirat nanti bagaimana aku perolehi harta yang sedia ada dan bagaimana aku menggunakannya.

ASB
~~~~
Duit pokok ASB juga telah aku keluarkan dan meletakkannya ke dalam TH. Yang aku rasakan sejumlah wang tersebut adalah dividen, aku sedekahkan tanpa meletakkan apa2 syarat. Merujuk kepada kelulusan patuh syariah ASB oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, (bukan Majlis Fatwa Kebangsaan).

Kereta & Rumah
~~~~~~~~~~~~~
Begitu juga dengan pembelian kereta dan rumah. Aku memang memilih yang islamik. Dan sekali lagi ditekankan-->Walaupun dari segi islamiknya masih ada pertikaian. Aku hanya mengikut apa yang difatwakan yang sememangnya halal, dan menjauhi yang haram. Wallahualam.

KWSP
~~~~~
Dalam masa terdekat inshaaAllah akan tukar dari simpanan KWSP dari conventional ke patuh shariah juga. Kene amik cuti atau time off nak ke KWSP. Alhamdullillah, banyak dah kemajuan untuk membangunkan dasar islamik finance di negara kita ini.

Akaun simpanan
~~~~~~~~~~~~~
Maka tinggal akaun simpanan je yang tinggal untuk diislamikkan. Cuma tak tahu bila sebab agak sukar nak tutup sebab gaji dan banyak wang transfer lebih senang di Maybank2u mahupun cimbclicks. Moga Allah beri petunjuk dan kekuatan untuk permasalahan kita ini. Aameen.

Kesimpulannya, post ni bukanlah bertujuan nak membangga diri. Tapi cuma nak share je apa yang dirasakan perlu. Pengalaman dan latar belakang kewangan kita semua tak sama, lain2. Namun halatuju kita sama, yakni kematian dan dibangkitkan semula di akhirat. Adalah tanggungjawab kita bersama menyedarkan sesama sendiri apa yang jelas Islam suruh, yakni melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Salah satu kemungkaran yang nyata adalah terlibat dengan riba'. Tiada gunanya tangisan dan penyesalan setelah kematian dan mendapat hukuman di akhirat.

Sebab paling aku terkesan dan takut tentang dahsyatnya hukuman riba' ialah orang2 yang terlibat dengan riba' akan berperang dengan Allah dan rasulNya di hari kiamat nanti. Rasa2, kalau kita lawan Allah dan rasulNya ada peluang ke nak menang? Tak mungkin kita akan menang.

Itu dari segi penyesalan di alam sana. Di alam dunia ini, penyesalannya adalah apabila kita dah terjebak dengan conventional loan, kalau nak refinance kosnya bukannya sedikit. Begitu juga dengan insuran, kalau nak terminate, kita akan dapat kurang daripada apa yang telah dilaburkan.

Tetapi masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa dan bertaubat. Apalah sangat wang yang telah rugi berbanding dengan kerugian di akhirat, yang kekal abadi. Dan kalau kita rasakan kita akan jadik semakin miskin sekiranya nak beralih ke islamik finance, ingatlah..itu adalah bisikan syaitan. Sedangkan syaitan itu seperti yang kita sedia maklum adalah musuh kita yang nyata. Maka fikir2kanlah. Kalau sekarang kita telah tewas dengan mengikut bisikan syaitan, apatah lagi semasa kita diuji oleh syaitan untuk terpesong dari jalan yang benar sebelum kita mati nanti. Nauzubillahi min zalik. Wallahualam.

Saksikan video dibawah ini mengenai bahaya riba'.. Moga bermanfaat..


Wednesday, June 1, 2016

1400 years ago

"In 1930, the US Congress decided that they should ban the alcohol. Subhanallah it is the fitrah of insan whether you are muslims or non-muslims to know that this is harmful. Everybody knows that alcohol is not good.

So the US Congress in the United States they decided that they are going to ban the consumption of  alcohol. The prohibition. And they passed the law. And they tried to enforce the law using law enforcement. During that process, about half a million people were thrown in jail,  millions of dollars were spent to enforced the law, thousands of people were killed when enforcing the law. And the consumption of the alcohol did not change. People were bootlegging in their own houses and  manufacturing the alcohol in their own houses. And because of the process of making khmar or alcohol is so unhygienic and dirty, diseases were spreading. After 4 years of misery, the United States decided we can't go ahead with this and we have to stop it. After 4 years they lifted the ban and told the people..do whatever you want. It didn't work.

This is the mighty United States.

It could not enforce the law of banning alcohol. It couldn't. The most powerful nation on earth couldn't do it.

Let's go back to 1400 years earlier.

Jibrail a.s. came to Muhammad s.a.w. revealing the ayat saying that khamr or alcohol are the acts of evil or syaitan. Stay away from it.

يَـأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالاٌّنصَابُ وَالاٌّزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَـنِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“O you who believe! Khamr, Maysir, Ansab, and Azlam are a filth of Shaytan’s handiwork. So avoid that in order that you may be successful.”

The ayah of quran came down to Muhammad s.a.w. banning the consumption of alcohol.

Rasullullah s.a.w. without any police or army or national guards conveyed the ayah, recited the ayah to the sahabah who were with him. The sahabah went out and carrying the news in the streets of Madinah and announcing that alcohol or khamr is now illegal.

Anas ibnu Malik said I was serving some of the sahabah alcohol. And we heard of the announcement in the street that alcohol is haram. He said I threw the jug from my hand. And some of the sahabah had the cups in their hand, they threw it. And some of them already had the alcohol in their mouth,  they spitted it out. And some of them went as far as inducing vomit. To vomit whatever went into their stomach. It is said and was described the streets of Madinah were flowing with alcohol or khamr.

Immediate obedience.

Without any police, or without US Congress, without national guards, without law enforcement, without spending millions of dollars, without throwing any person in jail, the law was immediately followed.

Why?

How come it worked in Madinah but not in United States?"

Quoted from Hereafter lecture series by AAA

Monday, May 23, 2016

Our Mentality on Akhlak vs Amalan

"Dia tu baca je quran, pakai tudung, solat sunat semua..tapi suka emo marah2 over nothing"

"Dia tu share pasal agama semua kat FB..bajet baik..but in reality.. dia pun ada jugak aku nampak buat maksiat"

dan bla bla bla...

Selalu tak dengar ayat macam ni bila kita dapati famili atau kawan atau kenalan kita melakukan sesuatu amalan yang baik tapi akhlaknye kureng?

That was (even now sometimes) my thinking whenever I meet this kind of people.

Dan kadang2 kesimpulan yang kita dapat ialah..

"Buat apa la dia susah2 buat semua amalan2 tu kalau perangai pun entah hapa2"

"Kalau orang yang pakai tudung pun perangai tak elok, baik tak payah pakai tudung"

Tettttttttttttttttt!

Okay. Di sinilah mindsetnya dah salah. Inilah bisikan syaitan yang nak mengatakan pada kita, "Kita ni pun takyah la nak alim sangat jugak. Buat apa buat baik kalau perangai orang tak suka".

Firstly, amalan2 baik yang dilakukan itu adalah antara dia dengan Allah, sebaik2 pemberi balasan, Hakim yang Maha Adil. Biarpun kita rasa macam dia nak menunjuk2 atau riak sebab dok share pasal agama kat sosial media. Tapi kita ni memang pandai ke baca niat sebenar atau pemikiran orang tu? Who are we judge him or her? Are we God?

Same goes to us. Janganlah kita tak buat sesuatu amalan yang baik itu kerana takut dikatakan riak atau takut orang mengata kalau kita yang tersalah buat apa2 suatu hari nanti. Lakukanlah kebaikan dan selalulah beristighfar kalau terpikir2 yang kita ni lagi bagus dari orang lain. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Kerana dahulu inilah kata2 Iblis tidak mahu sujud kepada Adam a.s. 
"Ana khairum minhu" 
"Aku lebih baik daripada dia (Adam a.s.)"

(Takbur)

Secondly, ingatlah, Allah Maha Pengampun. Kalau dia melakukan kesalahan pun, bila dia bertaubat, inshaaAllah terhapus dosanya. Kalau dia melakukan kebaikan kerana Allah, inshaaAllah pasti Allah tidak mensia2kannya. Semuanya dengan izin Allah.

Thirdly, kalau pun perangai dia kita tak berkenan, better tegur baik2. Cakap depan2 secara lembut. Bukannya nak mengaibkan. Sesungguhnya agama itu nasihat. Paling tak pun, maafkan dan abaikan je la lepas dia takmo dengar nasihat. Sebab nak elak gaduh2 atau ngumpat2 atau kutuk2. Takmo kita lak yang muflis akhirat nanti. Rugi wooo...Huhuhu...

Last but not least, berbalik kepada kita pula.

Kita kene asingkan amalan kebaikan seseorang dengan akhlak kureng dia tu. Manusia itu tak sempurna. Para sahabah/ulamak/ustaz/ustazah pun ada buat silap. Apatah lagi kita. Yang penting kita kene berbalik pada Allah.

Kalau dia dengar nasihat kita, alhamdullillah. Janganlah lepas tu kita mengungkit2nya lagi. Kalau takmo dengar, sekurang2nya dah dinasihati. Maka kita maafkan dan doakan je lah yang terbaik.

Akhir kata, marilah kita meraikan segala amalan kebaikan dan menegur secara baik akhlak yang kureng tu dan bersangka baik.

Wallahua'lam.

Friday, May 20, 2016

Tegur Menegur

Tegur tu tak salah dan tak pernah salah..

Tapi..
Apakah matlamatnya..?
Yakni..hanya untuk sama2 mengharapkan keredhaan Allah
Sama2 mendapat manfaatnya

Bagaimanakah caranya..?
Perlulah berhikmah..secara bijaksana..
Lain orang lain caranya..

Menegur ke arah kebaikan
Perlulah diiringi dengan kesabaran dalam menasihati
Perlulah diiringi dengan rasa sayang dalam mengingati

Bukannya kerana membenci..mendabik dada..
Apatah lagi menunding jari..mengaibkan orang yang ditegur..

Jangan pula yang diteguri semakin menjauhi
Terasa dilukai
Dan syaitan yang pula akan mendekati...
Maka..berhati2lah..

Wednesday, April 27, 2016

Anwar Al-Awlaki (AAA)

This is a man whom I've come to know from a friend.
When I was in a search of lots of answers.. the missing puzzle pieces of my life.

Initially, my preference was Mufti Menk's lectures.
As his elaboration is much clearer and more articulate.

However, after listening to a few lectures of AAA, I felt so much awaken and humbled.
His lectures are so details and based on authentic hadiths on history of Rasullullah saw, sahabahs, hadiths etc.

One of his lectures series, on DEATH & HEREAFTER, still has the biggest impact in me, whenever I listen to it back.

"Why do we have problems around us? Why do we have Muslims who drinks? Muslims who commit zina? Muslims who deal with riba'? Muslims who lie? Why? What are we missing?" (AAA)

"If you knew what I know, you will cry a lot and laugh a little" (Rasullullah saw)

On September 2011, he and his son died, killed by the US drone strikes in Yemen. 
Without any court hearing, justification and jurisdiction.
All in the name of US justice.

"U.S. government officials allege that he was a senior recruiter and motivator who was involved in planning terrorist operations for the al-Qaeda" (Wikipedia)

Such an honored ending. May Allah grants him and his son the highest level in Jannah.

"The martyr (shaheed) has seven blessings from Allaah: 
he is forgiven from the moment his blood is first shed; 
he will be shown his place in Paradise; 
he will be spared the trial of the grave; 
and he will be secure on the Day of the Greatest Terror (the Day of Judgement); 
there will be placed on his head a crown of dignity, one ruby of which is better than this world and all that is in it; 
he will be married to seventy-two of al-hoor al-‘iyn; 
and he will be permitted to intercede for seventy of his relatives. 
(Tirmidhi & Ibn Maajah)"

At that point of time, I was wondering about my ending too..
Praying and hoping for the best.. inshaaAllah.. ameen..


"O Allah
Make the best part of my life the last part 
My best deed the last deed 
My best day in which I meet You"

*And I hope whom ever reading this post could also make dua' for me and other muslims too.. that one day we can gather and meet in Jannah.. jzkk.. ;)

Tuesday, April 26, 2016

Top of the World

*One of my fav choir's songs when I was in primary school.. it has such a lovely & meaningful lyrics.. specially dedicated to my beloved Melor.. muah muah muah.. mummy loves u so much..*


Top Of The World

Such a feelin's comin' over me
There is wonder in most every thing I see
Not a cloud in the sky, got the sun in my eyes
And I won't be surprised if it's a dream

Everything I want the world to be
Is now comin' true especially for me
And the reason is clear, it's because you are here
You're the nearest thing to Heaven that I've seen

I'm on the top of the world lookin' down on creation
And the only explanation I can find
Is the love that I've found ever since you've been around
Your love's put me at the top of the world

Somethin' in the wind has learned my name
And it's tellin' me that things are not the same
In the leaves on the trees and the touch of the breeze
There's a pleasin' sense of happiness for me

There is only one wish on my mind
When this day is through I hope that I will find
That tomorrow will be just the same for you and me
All I need will be mine if you are here

I'm on the top of the world lookin' down on creation
And the only explanation I can find
Is the love that I've found ever since you've been around
Your love's put me at the top of the world

I'm on the top of the world lookin' down on creation
And the only explanation I can find
Is the love that I've found ever since you've been around
Your love's put me at the top of the world

Friday, April 15, 2016

Milik siapa?

*Got this from a fren in FB ;)*

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Thursday, March 31, 2016

In the End

In the end..
What really matters is to..
 .
.
.
KEEP CALM 
KEEP FAITH IN ALLAH 
KEEP ON DOING ALL THE GOOD DEEDS


(18:46)  المالُ وَالبَنونَ زينَةُ الحَيوٰةِ الدُّنيا ۖ وَالبٰقِيٰتُ الصّٰلِحٰتُ خَيرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوابًا وَخَيرٌ أَمَلًا
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.