Thursday, October 18, 2012

apa itu CINTA?

Cinta..sesuatu yang suci yang lahir tulus dari lubuk hati...
yang kadangkala sukar difahami dan dimengerti...
yang hadir disanubari tanpa dijangka..tanpa disedari...
Indah dilamun, bahagia menerpa dengan apa yang dirasai...

Namun..apakah cukup dengan rasa sahaja sudah memadai?
Kerna ia perlu dibajai..dengan kasih sayang..istiqamah..
Perlukan pembuktian..pertanggungjawapan..
bukan sekadar rasa dan omong kosong..

Cinta sesama makhluk..itu kurniaan daripada Allah swt..
Dan..ianya akan menjadi lebih istimewa sekiranya cinta sesama makhluk itu adalah berteraskan cinta kepada Allah dan RasulNya...
yakni cinta yang paling afdal dan didambakan..

Kerna Rasullullah saw pernah bersabda bahawa pada hari kiamat kelak: "Engkau bersama dengan orang yang engkau cintai"

Amin ya rabb! ;)