Sunday, June 19, 2011

Penyucian harta & jiwa

السلام عليكم ورحمة الله & Salam Sejahtera

Kali ini saje2 nak kongsi penerangan ayat Al-Quran yang dibaca kat Tafsir Al-Azhar Hamka sebab macam menarik kupasan mengenai zakat dan sedekah. Sambil2 itu, mengingatkan diri sendiri juga..;)

"Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat"
(Al-Baqarah:43)

Ertinya, janganlah bakhil mukmin yang kaya mengeluarkan harta membantu golongan yang miskin. Sebab miskin itu adalah pintu kepada kekufuran. Tidak semestinya dalam bentuk zakat, tetapi boleh juga memberi sedekah, hadiah sebagai tanda bermurah hati, termasuklah segala usaha menegakkan agama..jangan ditahan-tahan.

Kita kena faham bahawa segala harta atau aset yang didunia ini bukannya milik kita, tetapi semuanya milik Allah. Sekiranya seseorang itu kaya, dia boleh dianggap sebagai platform tempat rezeki itu disalurkan kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki. Jika harta itu disedekahkan ke arah kebaikan dan dengan niat ikhlas kerana Allah semata, InsyaAllah, segalanya itu tidak akan hilang sia-sia. Bahkan semuanya kelak akan kita dapat kembali disisi Allah. Sebaliknya, jika kita bakhil, kelak kita mati, maka tiadalah faedahnya buat kita sama sekali. Cuba ingat balik..apakah amalan yang tidak terhenti(masih mendapat pahala) jika seseorang itu telah mati? yakni; doa anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah.

Golongan2 yang boleh disedekahkan:(mengikut priority)
1) Ahli keluarga terdekat
2) Anak yatim (miskin)
3) Golongan miskin
4) Dengan memerdekakan hamba sahaya
5) Orang yang meminta2

Kalau diikutkan rata2 kita memang tiap2 tahun berzakat. Alhamdullillah, baguslah begitu. Tapi ada jugak yang tak brapa tahu dan tak alert tentang zakat selain dari zakat fitrah masa raya Aidilfitri. Antara sebabnya, tiada pengetahuan tentang zakat itu sendiri.

Sebenarnya tak banyak mana pun keluar. Untuk zakat pendapatan, average hanya keluarkan 2.5% daripada jumlah bersih yang kita ada..itupun kalau sudah melebihi nisab dan sudah cukup haulnya. Kalau rasa tak mampu nak baya sekaligus, boleh juga buat potongan gaji setiap bulan. Tambahan pula ada rebate income tax untuk zakat pendapatan dan simpanan. My experience is that, LHDN siap pulangkan duit sebab banyak baki berlebih..alhamdullillah..and dun get me wrong. Bukan nak riak. Cuma nak berkongsi sesuatu yang menguntungkan didunia dan juga diakhirat..insyaAllah..

Itu baru zakat pendapatan dan wang simpanan..ada lagi zakat emas, perniagaan, saham..dan lain2 jenis zakat...yang berbeza cara pengiraannya...

Makanya, sudahkah anda menunaikan zakat, yakni rukun Islam ketiga, pada tahun ini?

Maklumat lanjut tentang zakat boleh didapati di website PPZ http://zakat.com.my/

Friday, June 3, 2011

Mudah dan menguntungkan

Pernah tak dengar ayat ni "Barangsiapa yang menginginkan pahala ibadah sunat, maka hendaklah dia mengerjakannya. Tetapi jika tidak dikerjakan, maka tidaklah berdosa, tetapi rugilah dia". Renung2kan dan selamat beramal..;)

Dari Abu Hurairah, dia berkata:

"Nabi saw yang tercinta memberikan 3 wasiat kepadaku, iaitu; berpuasa 3 hari dalam setiap bulan, mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir terlebih dahulu sebelum tidur" (HR Bukhari dan Muslim)

Thursday, June 2, 2011