Wednesday, January 20, 2010

Brownies

Bertemu kembali kita diruangan resipisipilicious. Resipi kali ini menampilkan brownies aka Hershey's Brownies. Thanks to Kak Ana, my dear colleague, for the recipe. Setakat ini, sudah try 3 kali baru berjaya. The first attempt was devasted, hangus berkerak. The second one, salah ukuran loyang, jadik leper brownies tu.

Saya juga mengubah sedikit resipi asal dgn menambahkan lagi sukatan gula sebab rasa dia pahit sikit kalau tambahkan cokelat cips.

Gambar hiasan, lebih enak jika dimakan bersama aiskerim. Yummy!

Bahan2: (untuk 12perut yg berkapasiti sederhana)

1 bar (250g) mentega
1 1/2 cawan gula


4 biji telur

1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan kekacang2 (walnut, almond, cokelat cip)

Cara2:

1. Panaskan periuk dgn api perlahan, masukkan mentega.
2. Bila mentega dah sepenuhnya cair, tutupkan api, masukkan gula. Kacau dgn whisk.
3. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau lagi.
4. Masukkan tepung, serbuk koko. Kacau lagi.
5. Adunan yg dah dikacau sebati boleh diletakkan ke dlm loyang (yg telah disapukan mentega dan tepung terlebih dahulu untuk mengelakkan lekat2)
*Saiz loyang yg ideal ialah 8" X 8" supaya ketinggian brownies berada diantara 2" ke 3" bila dah masak nanti. Penat tau buat kira2 matematik sambil memasak ni..hehe..
6. Taburkan kekacang ke atas adunan.
7. Masukkan ke dlm ketuhar, suhu 200darjah Celcius, selama lebih kurang 45minit.

Setelah siap, boleh dihidangkan dgn aiskerim sebagai topping. Selamat mencuba...!