Friday, July 21, 2017

Wahabi?

*copypaste*

wahabi adalah gelaran terhadap sesiapa sahaja yang menyelisih amalan tempatan. Juga dijadikan modal untuk mematahkan hujah lawan terhadap kebenaran dalil dan kesahihan amalan. Musuh "wahabi" adalah pengamal ibadah tanpa dalil, pengamal bida'ah, pengamal khurafat, pengamal syirik, pengamal ajaran sesat, mereka yang berkepentingan, dan mereka yang sombong dengan kebenaran. Tiada kitab yang dapat dijadikan sandaran di dalam akidah atau fekah untuk dikaitkan dengan "wahabi" atau untuk mengesahkan seseorang itu berfahaman "wahabi". Maka "wahabi" terus menjadi misteri dan ditakut-takutkan kepada masyarakat yang ingin mengamalkan ajaran sebenar seperti yang diajar oleh Nabi. Sesiapa yang bersungguh-sungguh mengajak kepada pemurnian akidah yang sejati, mengajak kepada ajaran Al-Quran dan hadis yang sahih mengikut kefahaman salafussoleh, maka bersedialah anda akan dituduh sebagai WAHABI.