Sunday, November 22, 2009

Konvokesyen

Tahun ni cukup best sebab dapat meraikan dan juga menjayakan keraian konvokesyen. Yakni pada Ogos lalu konvo di UPM sempena habisnye Master Sains Komputer setelah puas bergelumang dgn pelajaran selama 2.5 tahun. Dan yang terbaru, pada November 14-19 yang lalu sempena menjadi petugas konvo untuk OUM kali ke-7 di PWTC (yang ni memang kene bertugas tiap2 kali ada konvo)

Suka tengok pelajar2 naik ke pentas amik skrol. Terutamanye yang cemerlang dan tak berkemampuan seperti orang biasa (OKU). Kagum jugak ler sebab majoriti pelajar OUM terdiri dikalangan mereka yang berkerja dan sudah berkeluarga, makanye tanggungjawab tidak hanya tertumpu pada pelajaran sahaja.

Bila dipikirkan balik dan kalau diikutkan rasa hati, memang dah lama nak berhenti belaja ditengah2 jalan. Kenapalah rajin sangat nak mensusah2kan pemikiran nak blaja2 nih, sedangkan kerja sudah tentunya sibuk. Assignment lagik, exam lagik, projek lagik laa. I bet, ramai orang ada perasaan camtuh, kecuali kepada mereka2 yang genius, ultra-extra rajin, berdisiplin, semangat membara, konsisten dan suka hapal buku2 pelajaran. Tapi, alhamdullillah, tak terer sgt pun grad jugak saya ini akhirnye..;)

On this occasion, we should look back in gratitude and appreciation for our loved ones, families, frens and the lecturers for always being there for us and pray for our success. No matter how successful we may be in our lives, we should be grateful to Almighty Allah. Jangan luper mengerjakan kewajipan kita sebagai hambaNya di mukabumi ini. Kerana semua ini bersifat sementara, yang kekal di akhirat jua. Wallahua'lam bissawab. Saya ini sekadar mengingatkan diri sendiri juga sebenarnye.

Sekian sahaja tazkirah ana kali ini lah..sekalung tahniah untuk yang berkonvo..;)