Tuesday, August 23, 2016

Wasiat (Pesanan2)

Antara perkara2 yang perlu dan tak perlu dilakukan sejurus aku tiada nanti:

1) Tolong doakan aku: Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha
2) Jangan diratapi keterlaluan
3) Jangan buat kenduri arwah
3) Jangan bertalqin atas kuburan
4) Kuburkan dengan satu batu nisan tanpa hiasan2 lain
5) Tolong halalkan/bayakan hutang2ku
6) Tolong doakan aku selalu....agar diampunkan..dijauhkan dari api neraka..ditempatkan di syurga.. aameen..

Monday, August 22, 2016

Wasiat (Faraidh & Hibbah)

Sambungan daripada post lepas. Antara servis2 Amanah Raya untuk buat wasiat pada masa skang ini adalah seperti berikut:

1) RM371 - First time fee nak buat wasiat
2) RM53 - Fee untuk nak update wasiat lepas tu
3) 2% daripada keseluruhan aset si mati untuk menguruskan pembahagian aset kepada waris si mati

Basically, kebagusannya ada wasiat ni adalah untuk bersedeqah/hibbah. Nilai maksima yang dibolehkan untuk hibbah adalah satu pertiga dari keseluhuran aset.

Contohnya, jika keseluruhan aset yang ditinggalkan si mati=RM1.1juta.

1) Kalau ada hutang, baya dulu hutang, contohnya hutang=RM0.1juta, so tinggal RM1juta.
2) Lepas tu baya 2% fee untuk pengurusan pembahagian aset kepada Amanah Raya, so RM1juta tolak RM0.02juta, so tinggal RM0.98juta.
3) Kalau ada hibbah, RM0.33juta je yang bole dihibbahkan ke orang/organisasi lain.
4) Selebihnya haruslah dibahagikan mengikut faraidh ke waris2, yakni ahli2 keluarga yang sepatutnya.

Kalau kita yang takde wasiat pun takpe..tapi keseluruhan aset akan difaraidhkan ke ahli2 keluarga yang terlibat. Cuma inilah cara nak menyenangkan pengurusan aset dengan perlantikan wasi dan juga tanpa waris2 bersusah payah nak uruskan sendiri.

Sambil tu tanya juga bagaimana pecahan harta dalam konteks aku sendiri. Berikut adalah pecahannya..

1/6 Mak aku
1/6 Abah aku
1/4 Suami aku
1/2 Anak perempuan aku

Betul ke tak pengiraan..kene rujuk yang pakar.. Aku just jot down je apa yang orang Amanah Raya ni cakap.. Wallahualam.. Boleh jugak rujuk calculator faraidh ni.. Moga bermanfaat..

http://faraid.usm.my/msl/default.html

http://www.inheritancecalculator.net/

Thursday, August 18, 2016

Wasiat (Hutang)

Baru2 ni..memang terasa nak setelkan hal2 berkaitan dengan kematian..
Sebab kita tak tau kan bila kita akan menghadapinya..
Mungkin kejap lagi..mungkin malam karang..mungkin esok lusa..
Bukanlah bermakna aku mendoakan nak mati cepat ataupun aku suka..
Cuma biarlah sentiasa dalam keadaan yang bersedia dan sentiasa beringat.. inshaaAllah..

So, minggu lepas ada la gak panggil orang Amanah Raya untuk mendapatkan penerangan lanjut..
Apa servis yang depa cover untuk buat wasiat ni.. Salah satunya..tolong uruskan harta2 si mati dengan membayar hutang2 si mati sebelum harta dibahagikan..

Maklumlah, aku bukannye reti sangat.. tapi still nak tahu dan nak buat sesuatu berkenaan dengan perkara ni..terutamanya perihal hutang.. sebab kalau kita mati dalam keadaan yang baik pun (husnul khatimah) tetapi dengan berhutang walaupun sikit sangat jumlahnya.. nak masuk syurga pun takleh..

“Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR. Muslim no. 1886)

“Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal: [1] sombong, [2] ghulul (khianat), dan [3] hutang, maka dia akan masuk syurga.” (HR. Ibnu Majah no. 2412. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Scary kan? Orang syahid pun kalau mati berhutang tak dapat masuk syurga tuh. Sedangkan syahid ni lah idaman yang sangat didambakan sebab dapat pelbagai keistimewaan yang sangat2 best berbanding dengan mati secara biasa. Wallahualam.

“Allah akan bersama (memberi pertolongan pada) orang yang berhutang (yang ingin melunasi hutangnya) sampai dia melunasi hutang tersebut selama hutang tersebut bukanlah sesuatu yang dilarang oleh Allah.” (HR. Ibnu Majah no. 2400. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Moga kalau aku mati nanti, aku berharap sangat2, waris atau sesapa yang menguruskan hartaku ini akan tolong bayakan hutang (kalau ada at that point of time) yang berbaki untukku. Moga Allah permudahkan untuk kita semua untuk kurangkan aktiviti berhutang dan dapat melunaskannya sesegera yang mungkin. Aameen ya Rabb.

*tiba2 teringat puasa belum abis ganti lagi..so kene start posa balik lagi ni..lagi 3 hari.. T___T

Monday, August 8, 2016

I'm Fine! :)

Alhamdullillah.. kerana aku ada Allah untuk melindungi dan menjaga aku.. Itu sudah memadai.. ;)

Dan jauhikanlah kami daripada syaitan terkutuk dan juga daripada termakan dengan hasutan/bisikannya..

Sesungguhnya harta dan anak2 dan apa yang ada dimuka bumi adalah perhiasan dunia semata..
Sementara sahaja.. Tidak kekal..

Ya Allah.. aku serahkan semuanya kepadaMu ya Rabb..
Engkaulah yang Maha Mengetahui setiap apa yang ada didalam hati dan apa yang kami kerjakan..

Matlamatku hanya untuk bertemu denganMu dan Rasullullah saw..
Maka permudahkanlah untukku.. aameen..

Thursday, August 4, 2016

Bahaya Riba'

Dulu, aku tak kisah sangat pun pasal hal2 berkaitan hutang, riba' dan yang sekutu dengannya. Tapi setelah tersedar walaupun berperingkat2 dalam hidup ini, aku mula melakukan sesuatu, secara berperingkat2 juga.

Kad kredit
~~~~~~~~
Pernah suatu masa tu, hutang kredit kad aku memang la banyak. Boros dengan pembelian yang tak perlu pun sebenarnya seperti baju2, spa & facial dan lain2. Nasib baik la tak buat loan dari kredit kad sebab kad aku tu memang boleh keluarkan duit dari bank tersebut cuma dikonsider sebagai pinjaman yang agak tinggi interestnya.

Tapi entah macammana atas kesedaran sendiri, suatu pagi ahad tu bangun pagi dengan azam dah takmo nak tengok outstanding amount kat penyata kredit kad lagi. Takmo dah asyik baya minimum payment je. Alhamdullillah dalam setengah tahun, hutang dalam rm5k telah pun dilunaskan. Kad kredit telah pun diterminate hanya tinggal satu je yang perlu.

Dan yang terkini, alhamdullillah, aku telah diberikan kekuatan oleh Allah untuk terminate satu2nya kredit kad yang ada. Walaupun selama ini tidak pernah ada outstanding amount selepas tarikh due date untuk mengelakkan riba dikenakan.

Terima kasih dengan kad debit VISA Maybank Islamic Wadiah Saving yang boleh dijadikkan ganti untuk apa2 pembayaran tanpa memerlukan pengeluaran wang tunai. Segala pembayaran auto menggunakan akaun kad kredit juga telah dipindahkan ke akaun kad debit. Alhamdullillah alhamdullillah alhamdullillah. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Insuran
~~~~~~
Begitu juga dengan insuran. Memang mula2 ambil plan takaful dengan seorang pakcik ni, kawan emak. Tapi entah macammana ada kawan aku, ejen insuran lain dok kata takaful mahal dan pakej dia lagi menarik. So terminate la polisi dari pakcik tu dan amik la yang conventional dari kawan sorang ni.

Walaupun sebelum ni, mak sendiri ada cerita yang kawan baik dia pun banyak amik polisi insuran yang conventional. Dah nak berpuluh tahun makcik ni amik polisi ni..dia terminate kan sebab baru dia sedar polisi insurans conventional adalah haram dan takmo tanggung dosa lagi dah. Masa tu aku punya la pelik sebab...duit kottt.. orang kaya boleh la buat macam tu.. dah baya lama.. lepas tu terminate takkan dapat sama dengan apa yang kita pernah baya.. Kalau dah tau macam tu awal2 patutnya takyah amik insuran, instead buat la simpanan kan? Itu kata hati aku dulu ler..

Tapi tu laaa. Tahun ke10 polisi insuran conventional aku, aku pulak yang terminate polisi insuran conventional aku ni. Kenapa? Sama la jugak sebabnya dengan makcik, kawan baik mak aku tu. Baru la aku mengerti dan memahami lebih indah dan kekalnya balasan (samada neraka/syurga) disana berbanding habuan/nikmat yang kita dapat didunia ini. So, aku bermula balik mengambil plan takaful walaupun dari segi islamiknya masih ada pertikaian. Aku hanya mengikut apa yang difatwakan yang sememangnya halal, dan menjauhi yang haram. Wallahualam.

Selepas itu alhamdullillah, aku revise balik semua duit/rezeki yang masuk dan keluar. Sekurang-kurangnya aku cuba untuk dapat menjawab dengan rasa tenang dan yakin di akhirat nanti bagaimana aku perolehi harta yang sedia ada dan bagaimana aku menggunakannya.

ASB
~~~~
Duit pokok ASB juga telah aku keluarkan dan meletakkannya ke dalam TH. Yang aku rasakan sejumlah wang tersebut adalah dividen, aku sedekahkan tanpa meletakkan apa2 syarat. Merujuk kepada kelulusan patuh syariah ASB oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, (bukan Majlis Fatwa Kebangsaan).

Kereta & Rumah
~~~~~~~~~~~~~
Begitu juga dengan pembelian kereta dan rumah. Aku memang memilih yang islamik. Dan sekali lagi ditekankan-->Walaupun dari segi islamiknya masih ada pertikaian. Aku hanya mengikut apa yang difatwakan yang sememangnya halal, dan menjauhi yang haram. Wallahualam.

KWSP
~~~~~
Dalam masa terdekat inshaaAllah akan tukar dari simpanan KWSP dari conventional ke patuh shariah juga. Kene amik cuti atau time off nak ke KWSP. Alhamdullillah, banyak dah kemajuan untuk membangunkan dasar islamik finance di negara kita ini.

Akaun simpanan
~~~~~~~~~~~~~
Maka tinggal akaun simpanan je yang tinggal untuk diislamikkan. Cuma tak tahu bila sebab agak sukar nak tutup sebab gaji dan banyak wang transfer lebih senang di Maybank2u mahupun cimbclicks. Moga Allah beri petunjuk dan kekuatan untuk permasalahan kita ini. Aameen.

Kesimpulannya, post ni bukanlah bertujuan nak membangga diri. Tapi cuma nak share je apa yang dirasakan perlu. Pengalaman dan latar belakang kewangan kita semua tak sama, lain2. Namun halatuju kita sama, yakni kematian dan dibangkitkan semula di akhirat. Adalah tanggungjawab kita bersama menyedarkan sesama sendiri apa yang jelas Islam suruh, yakni melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Salah satu kemungkaran yang nyata adalah terlibat dengan riba'. Tiada gunanya tangisan dan penyesalan setelah kematian dan mendapat hukuman di akhirat.

Sebab paling aku terkesan dan takut tentang dahsyatnya hukuman riba' ialah orang2 yang terlibat dengan riba' akan berperang dengan Allah dan rasulNya di hari kiamat nanti. Rasa2, kalau kita lawan Allah dan rasulNya ada peluang ke nak menang? Tak mungkin kita akan menang.

Itu dari segi penyesalan di alam sana. Di alam dunia ini, penyesalannya adalah apabila kita dah terjebak dengan conventional loan, kalau nak refinance kosnya bukannya sedikit. Begitu juga dengan insuran, kalau nak terminate, kita akan dapat kurang daripada apa yang telah dilaburkan.

Tetapi masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa dan bertaubat. Apalah sangat wang yang telah rugi berbanding dengan kerugian di akhirat, yang kekal abadi. Dan kalau kita rasakan kita akan jadik semakin miskin sekiranya nak beralih ke islamik finance, ingatlah..itu adalah bisikan syaitan. Sedangkan syaitan itu seperti yang kita sedia maklum adalah musuh kita yang nyata. Maka fikir2kanlah. Kalau sekarang kita telah tewas dengan mengikut bisikan syaitan, apatah lagi semasa kita diuji oleh syaitan untuk terpesong dari jalan yang benar sebelum kita mati nanti. Nauzubillahi min zalik. Wallahualam.

Saksikan video dibawah ini mengenai bahaya riba'.. Moga bermanfaat..