Thursday, August 4, 2016

Bahaya Riba'

Dulu, aku tak kisah sangat pun pasal hal2 berkaitan hutang, riba' dan yang sekutu dengannya. Tapi setelah tersedar walaupun berperingkat2 dalam hidup ini, aku mula melakukan sesuatu, secara berperingkat2 juga.

Kad kredit
~~~~~~~~
Pernah suatu masa tu, hutang kredit kad aku memang la banyak. Boros dengan pembelian yang tak perlu pun sebenarnya seperti baju2, spa & facial dan lain2. Nasib baik la tak buat loan dari kredit kad sebab kad aku tu memang boleh keluarkan duit dari bank tersebut cuma dikonsider sebagai pinjaman yang agak tinggi interestnya.

Tapi entah macammana atas kesedaran sendiri, suatu pagi ahad tu bangun pagi dengan azam dah takmo nak tengok outstanding amount kat penyata kredit kad lagi. Takmo dah asyik baya minimum payment je. Alhamdullillah dalam setengah tahun, hutang dalam rm5k telah pun dilunaskan. Kad kredit telah pun diterminate hanya tinggal satu je yang perlu.

Dan yang terkini, alhamdullillah, aku telah diberikan kekuatan oleh Allah untuk terminate satu2nya kredit kad yang ada. Walaupun selama ini tidak pernah ada outstanding amount selepas tarikh due date untuk mengelakkan riba dikenakan.

Terima kasih dengan kad debit VISA Maybank Islamic Wadiah Saving yang boleh dijadikkan ganti untuk apa2 pembayaran tanpa memerlukan pengeluaran wang tunai. Segala pembayaran auto menggunakan akaun kad kredit juga telah dipindahkan ke akaun kad debit. Alhamdullillah alhamdullillah alhamdullillah. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Insuran
~~~~~~
Begitu juga dengan insuran. Memang mula2 ambil plan takaful dengan seorang pakcik ni, kawan emak. Tapi entah macammana ada kawan aku, ejen insuran lain dok kata takaful mahal dan pakej dia lagi menarik. So terminate la polisi dari pakcik tu dan amik la yang conventional dari kawan sorang ni.

Walaupun sebelum ni, mak sendiri ada cerita yang kawan baik dia pun banyak amik polisi insuran yang conventional. Dah nak berpuluh tahun makcik ni amik polisi ni..dia terminate kan sebab baru dia sedar polisi insurans conventional adalah haram dan takmo tanggung dosa lagi dah. Masa tu aku punya la pelik sebab...duit kottt.. orang kaya boleh la buat macam tu.. dah baya lama.. lepas tu terminate takkan dapat sama dengan apa yang kita pernah baya.. Kalau dah tau macam tu awal2 patutnya takyah amik insuran, instead buat la simpanan kan? Itu kata hati aku dulu ler..

Tapi tu laaa. Tahun ke10 polisi insuran conventional aku, aku pulak yang terminate polisi insuran conventional aku ni. Kenapa? Sama la jugak sebabnya dengan makcik, kawan baik mak aku tu. Baru la aku mengerti dan memahami lebih indah dan kekalnya balasan (samada neraka/syurga) disana berbanding habuan/nikmat yang kita dapat didunia ini. So, aku bermula balik mengambil plan takaful walaupun dari segi islamiknya masih ada pertikaian. Aku hanya mengikut apa yang difatwakan yang sememangnya halal, dan menjauhi yang haram. Wallahualam.

Selepas itu alhamdullillah, aku revise balik semua duit/rezeki yang masuk dan keluar. Sekurang-kurangnya aku cuba untuk dapat menjawab dengan rasa tenang dan yakin di akhirat nanti bagaimana aku perolehi harta yang sedia ada dan bagaimana aku menggunakannya.

ASB
~~~~
Duit pokok ASB juga telah aku keluarkan dan meletakkannya ke dalam TH. Yang aku rasakan sejumlah wang tersebut adalah dividen, aku sedekahkan tanpa meletakkan apa2 syarat. Merujuk kepada kelulusan patuh syariah ASB oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, (bukan Majlis Fatwa Kebangsaan).

Kereta & Rumah
~~~~~~~~~~~~~
Begitu juga dengan pembelian kereta dan rumah. Aku memang memilih yang islamik. Dan sekali lagi ditekankan-->Walaupun dari segi islamiknya masih ada pertikaian. Aku hanya mengikut apa yang difatwakan yang sememangnya halal, dan menjauhi yang haram. Wallahualam.

KWSP
~~~~~
Dalam masa terdekat inshaaAllah akan tukar dari simpanan KWSP dari conventional ke patuh shariah juga. Kene amik cuti atau time off nak ke KWSP. Alhamdullillah, banyak dah kemajuan untuk membangunkan dasar islamik finance di negara kita ini.

Akaun simpanan
~~~~~~~~~~~~~
Maka tinggal akaun simpanan je yang tinggal untuk diislamikkan. Cuma tak tahu bila sebab agak sukar nak tutup sebab gaji dan banyak wang transfer lebih senang di Maybank2u mahupun cimbclicks. Moga Allah beri petunjuk dan kekuatan untuk permasalahan kita ini. Aameen.

Kesimpulannya, post ni bukanlah bertujuan nak membangga diri. Tapi cuma nak share je apa yang dirasakan perlu. Pengalaman dan latar belakang kewangan kita semua tak sama, lain2. Namun halatuju kita sama, yakni kematian dan dibangkitkan semula di akhirat. Adalah tanggungjawab kita bersama menyedarkan sesama sendiri apa yang jelas Islam suruh, yakni melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Salah satu kemungkaran yang nyata adalah terlibat dengan riba'. Tiada gunanya tangisan dan penyesalan setelah kematian dan mendapat hukuman di akhirat.

Sebab paling aku terkesan dan takut tentang dahsyatnya hukuman riba' ialah orang2 yang terlibat dengan riba' akan berperang dengan Allah dan rasulNya di hari kiamat nanti. Rasa2, kalau kita lawan Allah dan rasulNya ada peluang ke nak menang? Tak mungkin kita akan menang.

Itu dari segi penyesalan di alam sana. Di alam dunia ini, penyesalannya adalah apabila kita dah terjebak dengan conventional loan, kalau nak refinance kosnya bukannya sedikit. Begitu juga dengan insuran, kalau nak terminate, kita akan dapat kurang daripada apa yang telah dilaburkan.

Tetapi masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa dan bertaubat. Apalah sangat wang yang telah rugi berbanding dengan kerugian di akhirat, yang kekal abadi. Dan kalau kita rasakan kita akan jadik semakin miskin sekiranya nak beralih ke islamik finance, ingatlah..itu adalah bisikan syaitan. Sedangkan syaitan itu seperti yang kita sedia maklum adalah musuh kita yang nyata. Maka fikir2kanlah. Kalau sekarang kita telah tewas dengan mengikut bisikan syaitan, apatah lagi semasa kita diuji oleh syaitan untuk terpesong dari jalan yang benar sebelum kita mati nanti. Nauzubillahi min zalik. Wallahualam.

Saksikan video dibawah ini mengenai bahaya riba'.. Moga bermanfaat..


No comments:

Post a Comment