Wednesday, February 3, 2010

1 2 3 4 5 6 7 8...8 lagi...

Ni sebenarnye sedang mengira stretching sebelom dan selepas jogging. Kene buat, nanti sakit2 badan esok lusa, susah. Gamba hiasan ni diambil sebab tengah dok brisk walking sorang2 dan takde keje. Lagi cun gamba ni kalau ada orang pose ala2 tgh jogging kat track tuh. Tapi my jogging partner, Sue, takde pulak untuk dijadikkan model. Huhu.

Suka jogging kat Fakulti Kejuruteraan, UPM ni. Di sepanjang track kat sini, ada banyak station untuk workout perut, tangan, kaki dll. Muat jugak untuk praktis main bola/hoki/ragbi. Yang penting rasa selamat sebab ni dlm kawasan universiti yg berpagar dan ada pak guard jaga.

Lately ada gak jogging kat tempat2 lain lepas balik keje dengan ofismates. Kat area OUM-Bank Negara-Sekolah-Tugu Negara-OUM. Tak pasti berapa kilometer. Yang pasti, penat untuk pertama kalinya. Ada satu peristiwa yg takleh luper masa berehat sekejap kat Tugu Negara. Ada sekumpulan pelancong dari China (kot..) yg datang ke arah kami sambil hulur kamera. Ingatkan nak suruh amikkan gamba depa semua. Rupe2nye depa nak dok bergamba dgn kami. Lepas satu kamera..satu kamera lagi..snap snap..click click..amik gamba kami. Rasa cam artis glamer gituuu..walaupun peluh2 dan muka merah2. Hehe.

Harapan saya dgn berjogging selalu ini, saya akan jadik semakin sihat, tiada lagi insomnia dan mempunyai tulang yg kuat.

2 comments:

  1. takde rasa nak lari sampai rawang ke....
    bleh den stdby kan air oren squashhhhh!!!
    kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. amboi..gelak sakan..
    jom la join..sampai gemas pun bole :p

    ReplyDelete