Wednesday, September 23, 2009

Istighfar

Ramadhan sudah pun seminggu berlalu. Banyak nak update kat blog ni tapi sibuk disaat-saat akhir persiapan meninggalkan Ramadhan, menyambut ketibaan Syawal dan keje semakin banyak pulak nak kejar deadline.

Nak kongsi sikit tentang tazkirah yang dihadiri sepanjang Ramadhan yang lepas. Amalan yang berterusan tak semestinya hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja kan? Lagipun memang hati dan perasaan tak berapa tenteram sejak kebelakangan ni. Entahlah. Makanya, apa jua point kat bawah ni adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri juga ;)

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, dengan menyebut dan mengingati Allah, insyaAllah, hati akan menjadi lebih tenang.

“Beristighfar (mohonlah ampun) kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”
(Surah Nuh, Ayat 10-12)

Antara amalan zikir yang difokuskan dalam tazkirah tersebut termasuklah:

1.
“Maha Suci Allah dan segala pujian kepadaNya, Maha Suci Allah yang Maha Besar”

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Inilah dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan pahalanya dan keduanya disukai Allah SWT”
(Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2316)

2. Ayat Seribu Dinar


(Surah Ath-Thalaaq, Ayat 2-3)

Walaupun begitu, ayat seribu dinar ni lebih menarik perhatian dalam kupasan sejarah, kesahihan, isu kekeliruan dan hikmahnya di halaman blog berikut: http://apalahdayaku.blogspot.com/2009/04/hikmah-ayat-1000-dinar.html#

No comments:

Post a Comment