Tuesday, November 2, 2010

All-mixed-up

Nak kata marah, tak bestlah marah2...
sebab marah itu datangnya dari Syaitan, muke kerut2, suara tinggi2..tak molek! tak elok untuk kesihatan dan kecantikan diri. It's just not worth it.

Nak kata lega, Alhamdullillah...legalah jugak...
sebab tidak menjadi sebahagian daripada wanita2 itu dan juga dijauhi golongan yang tidak menunaikan solat, yakni kewajipan setiap muslim, tiang agama kita. Mencari keredhaan Allah lebih penting untukku dari keredhaan manusia. As the saying goes, "People see what we have, Allah sees what we do"

Nak kata sedih, tipulah kalau kata tak sedih...
sebab setiap manusia pun ada perasaan, termasuklah diri ini, wanita yang lemah..masih punyai hati dan belaian jiwa yang lembut, mudah terguris dan tersentuh sekiranya dikasari. Biarpun tidak dizahirkan, didalam hati, hanya Allah sahaja yang mengetahui seribu rahsia.

Nak kata sakit hati, memang pun...menyampah apatah lagi...biasalah fitrah manusia bila disakiti eh? Tetapi rasa ini mungkin bersifat sementara kerana rasa lega itu melebihi segalanya.

Kesimpulannya, meredhakan dan mendoakan adalah jalan terbaik. Semoga berbahagia dunia dan akhirat. Semoga kita diketemukan dengan apa yang dicari2 selama ini. Mungkin ianya bukan sekadar berupakan 'seseorang' semata2. Tetapi lebih kepada 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang hanya Allah berikan kepada hamba yang menjadi pilihanNya sahaja. 'Sesuatu' yang nikmatnya dirasai manis pabila kita hayati dengan mendalam, dengan mata hati. Itu lebih afdal. Amin Ya Rabballalamin...

Dalam sebuah hadis Anas bin Malik ra, Rasulullah saw pernah bersabda, "Ada tiga hal yang siapa saja di dalamnya tentu akan merasakan lazatnya iman: 1)Mengutamakan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya dari yang lainnya, 2)Mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan 3)Benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan darinya, sebagaimana takutnya jika dicampakkan ke dalam api neraka."

No comments:

Post a Comment