Monday, May 23, 2016

Our Mentality on Akhlak vs Amalan

"Dia tu baca je quran, pakai tudung, solat sunat semua..tapi suka emo marah2 over nothing"

"Dia tu share pasal agama semua kat FB..bajet baik..but in reality.. dia pun ada jugak aku nampak buat maksiat"

dan bla bla bla...

Selalu tak dengar ayat macam ni bila kita dapati famili atau kawan atau kenalan kita melakukan sesuatu amalan yang baik tapi akhlaknye kureng?

That was (even now sometimes) my thinking whenever I meet this kind of people.

Dan kadang2 kesimpulan yang kita dapat ialah..

"Buat apa la dia susah2 buat semua amalan2 tu kalau perangai pun entah hapa2"

"Kalau orang yang pakai tudung pun perangai tak elok, baik tak payah pakai tudung"

Tettttttttttttttttt!

Okay. Di sinilah mindsetnya dah salah. Inilah bisikan syaitan yang nak mengatakan pada kita, "Kita ni pun takyah la nak alim sangat jugak. Buat apa buat baik kalau perangai orang tak suka".

Firstly, amalan2 baik yang dilakukan itu adalah antara dia dengan Allah, sebaik2 pemberi balasan, Hakim yang Maha Adil. Biarpun kita rasa macam dia nak menunjuk2 atau riak sebab dok share pasal agama kat sosial media. Tapi kita ni memang pandai ke baca niat sebenar atau pemikiran orang tu? Who are we judge him or her? Are we God?

Same goes to us. Janganlah kita tak buat sesuatu amalan yang baik itu kerana takut dikatakan riak atau takut orang mengata kalau kita yang tersalah buat apa2 suatu hari nanti. Lakukanlah kebaikan dan selalulah beristighfar kalau terpikir2 yang kita ni lagi bagus dari orang lain. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Kerana dahulu inilah kata2 Iblis tidak mahu sujud kepada Adam a.s. 
"Ana khairum minhu" 
"Aku lebih baik daripada dia (Adam a.s.)"

(Takbur)

Secondly, ingatlah, Allah Maha Pengampun. Kalau dia melakukan kesalahan pun, bila dia bertaubat, inshaaAllah terhapus dosanya. Kalau dia melakukan kebaikan kerana Allah, inshaaAllah pasti Allah tidak mensia2kannya. Semuanya dengan izin Allah.

Thirdly, kalau pun perangai dia kita tak berkenan, better tegur baik2. Cakap depan2 secara lembut. Bukannya nak mengaibkan. Sesungguhnya agama itu nasihat. Paling tak pun, maafkan dan abaikan je la lepas dia takmo dengar nasihat. Sebab nak elak gaduh2 atau ngumpat2 atau kutuk2. Takmo kita lak yang muflis akhirat nanti. Rugi wooo...Huhuhu...

Last but not least, berbalik kepada kita pula.

Kita kene asingkan amalan kebaikan seseorang dengan akhlak kureng dia tu. Manusia itu tak sempurna. Para sahabah/ulamak/ustaz/ustazah pun ada buat silap. Apatah lagi kita. Yang penting kita kene berbalik pada Allah.

Kalau dia dengar nasihat kita, alhamdullillah. Janganlah lepas tu kita mengungkit2nya lagi. Kalau takmo dengar, sekurang2nya dah dinasihati. Maka kita maafkan dan doakan je lah yang terbaik.

Akhir kata, marilah kita meraikan segala amalan kebaikan dan menegur secara baik akhlak yang kureng tu dan bersangka baik.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment